Thursday, September 2, 2010

Balqis Mau Terbang


UPDATE!!!! UPDATE!!! Kalau boleh perkataan UPDATE tu Balqis nak jadikan bling..bling..underlined n highlight dengan kaler merah lagi


Hari ni Balqis dah meniarap!!!!!! Balqis mau cepat merangkak dan jalan...

Sayang Balqis
by Cik Eja ·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥

Wednesday, September 1, 2010

Balqis almost 5th months


Assalamualaikum...

Lamanya Cik Eja tak update blog Balqis.. Bz kut...dah lama juge Cik Eja tak jenguk Balqis...Isnin lepas barulah nampak Cik Eja datang. Balqis nengok je sebab mata Cik Eja mengalir air laju..Lama betul tak berhenti. Kenapa agaknye dengan Cik Eja ek? Pas tu Balqis ajak Cik Eja main-main baru lah Cik Eja senyap kejap...ralit main dengan Balqis...

Erm... citer sebenarnya Balqis ada gambar favorite bulan Ogos ni nak kongsi dengan semua... kalau boleh, nanti nak carik lagi best shot dengan ibu n papa. Tapi kali ni ada best shot dengan papa..

Credit to Ibu yang shoot gambar ni


Balqis nak membesar lagik, sihat dan kuat

Itu saja dari Balqis kali ini.... Selamat berpuasa semua! N for the first time I'm going to celebrate Aidil Fitri with everyone in my life.....


Sayang Balqis
by Cik Eja ·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥

Thursday, August 12, 2010

Baby Court for Balqis ·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥

Salam semua..dah lama tak update blog. Hari ni genap Balqis berumur 4 bulan 3 hari. Dah 3 hari juga Balqis teman ibu, papa, atuk, nenek dan Cik Eja berbuka puasa. Balqis tak kacau diorang berbuka. Balqis baikkan kan kan...

Cerita yang sebenarnya adalah cerita baby court yang papa belikan untuk Balqis dari China. Thank you papa..Chanteeeeq sangat. Balqis suka tengok kawan-kawan Balqis menari masa Balqis baring-baring..

Baby court ni sedia untuk membuaikan Balqis secara automatik... dengan scallop yang cantik. Wah Balqis rasa macam puteri..





Sayang Balqis
by Cik Eja ·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥·.♥

Wednesday, June 23, 2010

Kenduri

Dah lepas waktu-waktu berkurung Balqis attend dua majlis kenduri..termasuk housemate Cik Eja, Auntie Nana.

Cute je pose dengan skirt jeans ni

Kerana panas...tinggal baju kat dalam jer

Auntie Nana...dukung Balqis (ambil berkat ye?)

Dua-dua manis

Selamat Pengantin Baru Auntie Nana...
Semoga kekal ke akhir hayat


Sayang Balqis
by Cik Eja

Balqis Outing

Balqis bebas dari hari berpantang!!!!!! YIPEESSSSS...

Ibu dan papa dah bawa Balqis keluar dari sangkar.. Last weekend Ibu n Papa bawa Balqis, Nenek, Atuk dan Cik Eja pergi KLCC.. Tempat pertama Balqis tuju ialah Toko Buku Kinokuniya... Best best best..semua beli buku..


Khusyuk ibu belek buku yang baru dibeli


Stoller ada..tapi Balqis ni da perasan besar nak didukung macam itu...


Sayang Balqis
by Cik Eja



Monday, June 7, 2010

Urut....

Dah lama Balqis tak update Blog.. sebab Balqis duk di kampung Papa 2 minggu.. Cik Eja pun tak tau nak story mory apa.. Erm masa di kampung ada satu part yang paling best. Balqis masuk spa [rumah Wan Chik]. Baby macam Balqis kena urut selalu supaya cepat membesar...
Balqis sedikit merengek bila kena urut..
Ibu mengurut juga...
Erm yang tak berkenaan [Cik Eja] pun tumpang sekaki...ngeeeee

Cik Eja suka rehatkan Balqis sekejap seperti ini...

Tabiat Balqis terbaru...suka tersadai di atas bahu...

Lena selepas diurut..............................


Sayang Balqis
by Cik Eja


Sunday, May 23, 2010

New Pics of Mine

Erm..dalam masa dua minggu duk umah nenek, Balqis dah nampak debab sikit. Pic ni pun Cik Eja dapat ehsan dari nenek. Cik Eja geram jer sebab tak dapat balik nengok Balqis. In this moment Papa Balqis tiada di Malaysia. Papa pergi China atas urusan kerja. Papa jaga diri ek... Ibu dan Balqis tak sabar nak jumpa papa this week..

Balqis dah pandai senyum..manis tak..

Belah kanan tu Onyang Balqis...

Dicukur..bulat

Menatnya....

Mataku bulat

Tidur lagi

Tuesday, May 18, 2010

Majlis Aqiqah Balqis

Sabtu lepas bersamaan 15 Mei 2010 telah diadakan majlis aqiqah untuk Balqis. Hari ni genaplah 38 hari Balqis melihat dunia ini. Balqis ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh keluarga ibu dan papa.

Sekarang ibu berpantang di rumah nenek dan atuk di Pahang pula. So, Balqis juga akan berada di Pahang selama dua minggu. Nak tengok gambar-gambar sepanjang majlis aqiqah Balqis? jeng jeng jeng...

Chop, sebelum tu nak ucapkan terima kasih kat opah dan wan cik Mas sebab hiaskan buaian Balqis cantik sekali.


Balqis terlena lepas dengar Nazam yang
didendangkan oleh kumpulan Marhaban yang dijemput atuk

Opah dan nenek yang gembira

Bestnye titun


Ibu tetap maintain walaupun masa ni ibu dalam pantang lagi..
Cun kan ibu Balqis..sebab tu Balqis comel menurun ibu dan papa..

Herm...ni lak hadiah Balqis untuk tetamu jemputan. Designed by Cik Eja...

Cik Eja


My cousin (Aisyah) dengan Mak Yang Syarina

My handsome cousin

Kumpulan marhaban....

Sayang Balqis
by Cik Eja

Wednesday, April 28, 2010

Balqis Nak Masuk Contest

Bila Cik Eja belek-belek blog kawan-kawan Cik Eja jumpa ikelan ni.

Photobucket
syarat-syarat penyertaan:

1. buat entry contest ini di blog anda
2. letak banner pada entry & side bar
3. link back banner ke page ini

4. masukkan link blog ini ke blog list anda
5. letakkan gambar anak anda sedang dilayan oleh bapanya yang paling touching
bagi anda spt memandikan anak,memberi susu,tukar lampin dsb.
6. ceritakan sedikit ttg gambar itu.
7. usia anak mestilah 5 tahun ke bawah semasa gambar diambil.

8. masukkan juga link penaja iaitu MAZcollection dalam entry & bloglist anda.
9. tinggalkan jejak di ruangan komen di bawah sp mudah saya melawat entry anda.

TARIKH TUTUP IALAH PADA 11.30 MALAM 30.5.2010..

HADIAH AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN.

(2 HADIAH MISTERI MENANTI ANDA)

Maksudnya..Balqis nak masuk contest... Balqis nak cari gambar ter'best' Balqis dan papa. Bila tengok ada banyak contest yang Balqis nak masuk. Sabar je la. Tak leh tamak-tamak. Tak baik. Nanti Allah marah. Balqis nak try yang ni dulu....

Kalau ada contest dengan ibu nanti Balqis masuk lagi. Pendak kata Balqis nak masuk semua...support me tawan-tawan. Cik Eja dah info Cik Rda (auntie Zaim kawan Balqis) ajak masuk contest juga... support us k

Sayang Balqis
by Cik Eja

Tuesday, April 27, 2010

Cik Eja Balqis

Update belog

Kelmarin ibu terima video call dari Cik Eja. Bila Cik Eja beli hp baru? Rupe-rupenye Cik Eja tak tahan bila nenek asyik anta gambar Balqis kat hp jenama Cokia Cik Eja. Cik Eja tak puas hati sebab gambar Balqis kecik sangat kat dua dua hp tu. Cik Eja terus p kedai beli hp yang boleh 3G.

Nenek Balqis pun selalu wat video call dengan ibu sebab nak tengok Balqis pas tu nenek cite kat Cik Eja. Cik Eja jadi jeles sebab x leh nengok Balqis..hahahahahaha. Dah ada tepon canggih manggih tu bila lagi Cik Eja nak datang 'snap' gambar' Balqis yang semakin tembam.

Gambar yang buat Cik Eja panas punggung nak beli hp 3G ni ialah

Taraaaaaaa............................................................

Sayang Balqis
by Cik Eja

Ibu Berkorban Lagi

Assalamualaikum,

Selamat pagi ibu dan papa yang Balqis sayang..

Jumaat lepas Ibu berkorban lagi. Selepas menumpangkan Balqis 9 bulan 10 hari, selepas bertarung nyawa melahirkan Balqis, ibu berkorban lagi kerana jahitan ibu terkoyak. Balqis tak tahu apa-apa masa ni. Ibu terpaksa menyimpan stock makanan Balqis sebab ibu kena masuk operation theater. Nanti kalau Balqis nangis senang nak bagi Balqis menyusu.

Tuan doktor tolong 'urus'kan ibu baik-baik ya. Jangan bagi ibu sakit. Nanti Balqis sedih tapi macam yang Balqis cakap Balqis bangga dengan ibu. Ibu tabah..papa pun.

Alhamdulillah selepas 3 jam ibu selamat di'urus'kan oleh doktor. Sekarang Balqis gembira, ibu ada di sisi Balqis. Balqis harap akan jadi anak berbudi kepada ibu dan papa.


Sayang Balqis
by Cik Eja


Sunday, April 18, 2010

Baju Baru

Baru berapa hari...tengok Ibu dah pakaikan Balqis baju syantik... Syantik kan....syape beli ek baju ni...? Balqis suker sangat sampai tertidur. [memang banyak gambar Balqis tidur dari terjaga]..Kalau Cik Eja datang mesti dia tenyeh-tenyeh Balqis dengan idung die nak kasi Balqis terjaga....


Hari tu Cik Eja datang tengok Balqis dan dah buli Cik Eja basyuh beyak...huhuhuhu...dah 2 kali juga Cik Eja bawak kamera tak dek bateri... so Cik Eja tak dapat nak snap gambar Balqis n upload gambar baru...

Nenek dengan atuk lak hari2 kalau boleh buat video call dengan Ibu atau Papa nak bercakap dengan Balqis.. Lepas call cakap okay..nak letak call tapi tak letak2...hahahhaha..Balqis tau atuk n nenek sangat rindu sama Balqis...hampir berbelas kali bye baru boleh letak.. mmmuah


Sayang Balqis
From Cik Eja

Sabar menunggu Balqis

Hehehehe...bila nenek dengan papa tengok ni mesti diorang gelak2... sorry nenek dan papa. Balkis kuar lambat sampai papa dan nenek buat aksi ni kat spital...hehhehe..so soweeetla...


Papa Balqis ni bz...tapi ni tgh men game ke tgh sms?

Mak Yang Syerina pun datang




Sayang Balqis
From Cik Eja

Wednesday, April 14, 2010

Aktiviti Balqis

Hari ni Cik Eja tengok wall FB papa Balqis... Suker sangat bila ramai kawan-kawan papa, ibu dan cik Eja ucap tahniah kat papa... terima kasih auntie2 dan uncle2 semua... Pas tu papa upload gambar Balqis tidur mengiring...erm heheheh Balqis dah leh gerakkan badan dan kepala...

Aksi semasa tidur di wad

Aksi gaya bebas oleh Balqis Nurbatrisyia

Balqis nak mandi la...opah Balqis yang mandikan...