Wednesday, April 28, 2010

Balqis Nak Masuk Contest

Bila Cik Eja belek-belek blog kawan-kawan Cik Eja jumpa ikelan ni.

Photobucket
syarat-syarat penyertaan:

1. buat entry contest ini di blog anda
2. letak banner pada entry & side bar
3. link back banner ke page ini

4. masukkan link blog ini ke blog list anda
5. letakkan gambar anak anda sedang dilayan oleh bapanya yang paling touching
bagi anda spt memandikan anak,memberi susu,tukar lampin dsb.
6. ceritakan sedikit ttg gambar itu.
7. usia anak mestilah 5 tahun ke bawah semasa gambar diambil.

8. masukkan juga link penaja iaitu MAZcollection dalam entry & bloglist anda.
9. tinggalkan jejak di ruangan komen di bawah sp mudah saya melawat entry anda.

TARIKH TUTUP IALAH PADA 11.30 MALAM 30.5.2010..

HADIAH AKAN DIBERITAHU KEMUDIAN.

(2 HADIAH MISTERI MENANTI ANDA)

Maksudnya..Balqis nak masuk contest... Balqis nak cari gambar ter'best' Balqis dan papa. Bila tengok ada banyak contest yang Balqis nak masuk. Sabar je la. Tak leh tamak-tamak. Tak baik. Nanti Allah marah. Balqis nak try yang ni dulu....

Kalau ada contest dengan ibu nanti Balqis masuk lagi. Pendak kata Balqis nak masuk semua...support me tawan-tawan. Cik Eja dah info Cik Rda (auntie Zaim kawan Balqis) ajak masuk contest juga... support us k

Sayang Balqis
by Cik Eja

Tuesday, April 27, 2010

Cik Eja Balqis

Update belog

Kelmarin ibu terima video call dari Cik Eja. Bila Cik Eja beli hp baru? Rupe-rupenye Cik Eja tak tahan bila nenek asyik anta gambar Balqis kat hp jenama Cokia Cik Eja. Cik Eja tak puas hati sebab gambar Balqis kecik sangat kat dua dua hp tu. Cik Eja terus p kedai beli hp yang boleh 3G.

Nenek Balqis pun selalu wat video call dengan ibu sebab nak tengok Balqis pas tu nenek cite kat Cik Eja. Cik Eja jadi jeles sebab x leh nengok Balqis..hahahahahaha. Dah ada tepon canggih manggih tu bila lagi Cik Eja nak datang 'snap' gambar' Balqis yang semakin tembam.

Gambar yang buat Cik Eja panas punggung nak beli hp 3G ni ialah

Taraaaaaaa............................................................

Sayang Balqis
by Cik Eja

Ibu Berkorban Lagi

Assalamualaikum,

Selamat pagi ibu dan papa yang Balqis sayang..

Jumaat lepas Ibu berkorban lagi. Selepas menumpangkan Balqis 9 bulan 10 hari, selepas bertarung nyawa melahirkan Balqis, ibu berkorban lagi kerana jahitan ibu terkoyak. Balqis tak tahu apa-apa masa ni. Ibu terpaksa menyimpan stock makanan Balqis sebab ibu kena masuk operation theater. Nanti kalau Balqis nangis senang nak bagi Balqis menyusu.

Tuan doktor tolong 'urus'kan ibu baik-baik ya. Jangan bagi ibu sakit. Nanti Balqis sedih tapi macam yang Balqis cakap Balqis bangga dengan ibu. Ibu tabah..papa pun.

Alhamdulillah selepas 3 jam ibu selamat di'urus'kan oleh doktor. Sekarang Balqis gembira, ibu ada di sisi Balqis. Balqis harap akan jadi anak berbudi kepada ibu dan papa.


Sayang Balqis
by Cik Eja


Sunday, April 18, 2010

Baju Baru

Baru berapa hari...tengok Ibu dah pakaikan Balqis baju syantik... Syantik kan....syape beli ek baju ni...? Balqis suker sangat sampai tertidur. [memang banyak gambar Balqis tidur dari terjaga]..Kalau Cik Eja datang mesti dia tenyeh-tenyeh Balqis dengan idung die nak kasi Balqis terjaga....


Hari tu Cik Eja datang tengok Balqis dan dah buli Cik Eja basyuh beyak...huhuhuhu...dah 2 kali juga Cik Eja bawak kamera tak dek bateri... so Cik Eja tak dapat nak snap gambar Balqis n upload gambar baru...

Nenek dengan atuk lak hari2 kalau boleh buat video call dengan Ibu atau Papa nak bercakap dengan Balqis.. Lepas call cakap okay..nak letak call tapi tak letak2...hahahhaha..Balqis tau atuk n nenek sangat rindu sama Balqis...hampir berbelas kali bye baru boleh letak.. mmmuah


Sayang Balqis
From Cik Eja

Sabar menunggu Balqis

Hehehehe...bila nenek dengan papa tengok ni mesti diorang gelak2... sorry nenek dan papa. Balkis kuar lambat sampai papa dan nenek buat aksi ni kat spital...hehhehe..so soweeetla...


Papa Balqis ni bz...tapi ni tgh men game ke tgh sms?

Mak Yang Syerina pun datang




Sayang Balqis
From Cik Eja

Wednesday, April 14, 2010

Aktiviti Balqis

Hari ni Cik Eja tengok wall FB papa Balqis... Suker sangat bila ramai kawan-kawan papa, ibu dan cik Eja ucap tahniah kat papa... terima kasih auntie2 dan uncle2 semua... Pas tu papa upload gambar Balqis tidur mengiring...erm heheheh Balqis dah leh gerakkan badan dan kepala...

Aksi semasa tidur di wad

Aksi gaya bebas oleh Balqis Nurbatrisyia

Balqis nak mandi la...opah Balqis yang mandikan...






Keraian di Hospital Putrajaya...

Assalamualaikum

Selamat pagi ibu...selamat pagi papa..selamat pagi semua


Hari ni hari ke-lima Balqis menikmati udara di bumi Allah s.w.t. tapi Cik Eja kata nak upload gambar Balqis waktu hari kedua Balqis lahir. Cik Eja jauh tak leh tengok aktiviti Balqis hari-hari. Nanti papa boleh tolong updatekan blog Balqis..mesti Ibu suka sambil nenenkan Balqis bleh tengok blog Balqis kan..Ibu?


Sebelum, tu Balqis nak berterima kasih kepada ibu dan papa yang bersabar tunggu Balqis keluar dari rahim ibu. Ibu nampak penat sangat lepas bertarung nyawa lahirkan Balqis.. tapi ibu tetap boleh senyum..Balqis rasa bangga..



Balqis terasa papa dan ibu usap-usap Balqis masa Balqis dalam perut tak sabar nak pegang Balqis. Sekarang Balqis dah keluar... tengoklah muka papa dan ibu..gembira sangat. Balqis pun gembira dapat jumpa ibu dan papa...


Masa Balqis di hospital, Balqis dengar ramai yang datang...suara nenek, atuk, Cik Eja, Opah, MakNyah dan rombongan "Cik Kiah" datang jenguk Balqis... meriah sangat.


Ni Auntie Dila..datang dengan ibunya.
Tudung purple tu la opah Balqis
Erm mana atuk dengan nenek ek..nanti Balqis suh Cik Eja cari gambar mereka

Ni kawan baik papa..Uncle Kamril.. Uncle ada hadiahkan Balqis baju kaler pink
Terima kasih Uncle..

Salam Perkenalan dari Balqis Nurbatrisyia

Assalamualaikum kawan-kawan..

Salam perkenalan...
Alhamdulillah, Balqis rasa bersyukur kerana selamat dilahirkan ke dunia fana ini oleh ibu yang amat Balqis kasihi. Balqis cepat-cepat buat blog sebab nak kongsi cerita Blaqis dengan kawan-kawan. Balqis pun nak tips dari kawan-kawan untuk jadi anak cerdik, pandai serta solehah...Amiinnnn...

Biodata Balqis

Nama : Balqis Nur Batrisyia
Nama Bapa : Mohd Hasrizal bin Hamar
Nama Ibu : Nurzalina binti Harun
D.O.B : 10 April 2010 (cantikkan tarikh lahir saya..pandai papa dengan ibu bajet tarikh hehehehe)
Perkara pertama yang saya belajar bila keluar dari perut ibu :
Menangis (saya mempunyai paru-paru dan jantung yang kuat ye tawan2, Alhamdullillah. Walaupun beberapa hari sebelum lahir Uncle Doc bagitau ibu dan papa jantung Akish lemah)
Panggilan kepada Ibu saya: Ibu
Panggilan kepada Bapa saya : Papa
Perkara pertama yang saya akan buat: Saya akan bina blogspot saya sendiri...Cik Eja akan menjadi P.A saya...
Impian saya : Ingin menjadi anak solehah pada ibu dan papa

Saya rasa besh sangat bila ber'kepam' dengan ibu dan tengok muka papa


Balqis nanti jadi model Cik Eja dengan atuk sebab diorang suka tangkap gambar

Masa ni ramai yang datang...tapi Balqis tak larat buka mata..kekenyangan lepas nenen

Comelkan bile saya tidur...

Masa ni Balqis tidur lena lepas nenen lagi....

Nanti Balqis nak request lagi kat Ibu dan papa snap gambar Balqis banyak2... Nanti Balqis minta tolong pada Cik Eja update crite lagik...