Thursday, April 28, 2011

Happy Bufday Anakku


Dah banyak hari berlalu...Alhamdulillah Balqis telah melalui umur setahun pertama. Sihat, cergas, cerdas dan makin debab.. Selamat Hari Lahir anakku... Semoga menjadi gadis comel, keletah, manja dan sempurna akhlak.

Satu perkara yang Balqis tunjukkan pada hari sambutan kelahiran yang pertama ialah Balqis dah pandai menunjukkan perasaannnya. Kenapa? sebab Balqis sudah dapat meng'ekspresi' perasaan cemburu bila Ibu, Nenek, Opah, Cik Eja pangku baby lain..

Start dari saat itu, Cik Eja telah ada hobi baru untuk bergurau dengan Balqis.."aktiviti menyakat". Sori Balqis...hehehehehe


Sayang Balqis
by Cik Eja

Bersawang 4 bulan lagi..


Aha bersua lagi selepas 4 bulan. Nampaknya Cik Eja ni sibuk betul sampai blog Akish Cik Eja tak update.

Sekarang Balqis totally dah pandai berjalan. Balqis makan angin ke sana ke mari dalam rumah. Nenek pun dah turun berat badan sebab berkawad dengan Akish. Seronok rupanya bila dapat kaki. Tak yah nak minta tolong orang lain bawa Akish hehehehe...

Tengoklah gambar bawah tu.. Suka betul explore sana sini. Muka pun sangat puas hati bila 'mendapat kaki'.. Ewah Balqis..suka ya...


Cik Eja lak suka menyakat Akish. Tak baik tau Cik Eja... Erm..nanti Cik Eja tawin Balqis jadi flower girl k..


Sayang Balqis
By Cik Eja